Thursday 10 October 2013

Khalilah..Perwatakannya yang lemah-lembut,penyayang,sabar dan bertakwa menyebabkan jiwa lelakinya yang hampir-hampir tertutup, terbuka kembali. "izinkan saya jadikan awak sebagai hak saya yang sah. Saya ingin awak menjadi hak yang sah keatas diri saya," ucap adham dalam nada yang bergetar. "Atas nama ALLAH dan keredhaan dari-NYA,saya terima awak sebagai yang berhak ke atas diri saya," ucap khalilah. Lalu kedua-duanya bernikah atas nama allah yang maha suci lagi maha agung. Setelah enam tahun melayari bahtera alam perkahwinan, pasangan ini di duga oleh allah kerana setiap manusia itu tidak pernah terlepas dari ujian-NYA. "dah enam tahun kamu berdua kahwin, tapi umie masih lagi rasa sunyi.Bila lah anugerah allah itu nak datang pada kita" luah umi kalsom yang berkerusi roda dalam nada yang sayu. "agaknya belum sampai waktu kot anugerah tu diberi pada kita umie" luah khalilah dalam nada sebak yang di tahan-tahan. Selama enam tahun pasangan itu berkahwin,mereka hidup bahagia,tidak pernah bergaduh kerana diwujudkan sifat tolak-ansur dalam rumah tangga mereka namun terdapat kekurangan yang meresahkan jiwa mereka berdua iaitu anak. Anak merupakan anugerah allah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan yang sudah berkahwin tetapi sayangnya anugerah itu masih belum dimiliki oleh mereka sampai sekarang. Sudah banyak ikhtiar yang dilakukan termasuk perubatan moden dan tradisional, namun anugerah yang ditunggu-tunggu itu tidak kunjung tiba hingga memaksa si isteri membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya. "demi umie yang sangat menginginkan seorang cucu yang dapat memberinya sinar untuk terus bertahan,dan demi kita berdua yang telah lama bertahan dengan ujian-NYA, saya mohon dan merayu pada abang , nikahi suraya atas nama allah yang maha besar," luah khalilah dalam nada yang sayu. "tapi poligami bukan mudah lilah..bukan mudah untuk abang dan lebih sukar untuk lilah..abang tak mampu..abang tak sanggup menduakan lilah,abang tak mampu berlaku adil,"kata adham. "jika abang berusaha untuk berlaku adil dan menerima dengan redha akan takdir yang telah diaturkan olehNYA,insyaallah…allah pasti akan menolong abang” kata khalilah. “tapi cinta dan jiwa abang hanya untuk lilah. Abang begitu mencintai lilah dan abang tak boleh berikan cinta dan kasih abang untuk orang lain selain lilah”luah adham. “jangan terlalu mencintai seseorang manusia itu melebihi cintanya kepada allah abang. Cinta sesama manusia tidak akan kekal dan ianya boleh hilang atas keizinannya,tapi cinta kepada allah,akan kekal hingga akhir hayat”. Atas desakan umie dan isterinya sendiri, adham menikahi wan suraya dalam keadaan tidak redha atas kehendak takdirnya. Akibat dari itu, dia mula menzalimi wan suraya dengan tidak memberi nafkah batin dengan alasan wanita itu dinikahinya hanyalah untuk memuaskan hati ibu dan isterinya. Pergolakan dalam rumah tangga pun berlaku dan akibatnya wan suraya yang menjadi mangsa,jiwanya terseksa akibat perbuatannya sendiri yang terlalu mencintai adham dan banyak pengorbanan terpaksa dilakukan demi melahirkan seorang zuriat yang bakal mewarisi segala-galanya dan memberi sinar baru dalam keluarga itu. Berjayakah adham berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya apabila dia terpaksa pula menikah dengan seorang gadis hanya untuk menyelamatkan maruah gadis tersebut yang telah tercalar dan bertindak sebagai pak sanggup. Bagaimana pula khalilah menerima keadaan itu kerana cinta dan kasih suami yang disayangi terpaksa dikongsi bersama madunya. Poligami di dalam rumah tangga tak seindah mimpi dan tak semudah yang disangkakan. Bukan mudah untuk berlaku adil

No comments:

Post a Comment